Friday, 12 March 2021

Bismillah : Antara Tuhan Dan Agama

 *Bismillah : Antara Tuhan Dan Agama.*


Keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membatalkan larangan terhadap penggunaan *Kalimah Allah* kepada bukan Islam telah mengamit kesedihan dan kekecewaan kepada umat Islam.


Namun keputusan itu di sambut dengan gembira oleh umat Kristian di negara ini sebagaimana yang telah di zahirkan oleh YB Teresa Kok.


Keputusan ini boleh di terima sekiranya kita berada di negara-negara lain tetapi bukan di Malaysia. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam. Status ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Di Malaysia, kita bukan sahaja mendukung prinsip *Kepercayaan Kepada Tuhan* bahkan memperakui bahawa *cara hidup bernegara di negara ini adalah Islam.*


Dalam Islam, Tuhan yg bernama Allah itu *tidak beranak dan tidak di peranakkan.* Apakah umat yang beragama Kristian mempunyai keyakinan yang sama seperti umat Islam ?


Kalau tidak mengapa mereka harus bergembira dengan keputusan tersebut ?


Apa motif kegembiraan  mereka yang sebenarnya ? 


Bukankah mereka juga harus turut bersedih dan kecewa sebagaimana umat Islam ?


Bukankah keputusan ini bertentangan dengan *Status Negara* sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ?


Kalau untuk mempertahankan kesucian dan kemuliaan *Kalimah Allah* sahaja kita sudah gagal, bagaimana mahu memperkasakan Islam sebagai *Cara Hidup Bernegara* di negara ini ?


Bukankah *mempertahankan Islam pada setiap masa* itu adalah Sumpah Negara ?


*Sumpah yang mengikat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama mereka.*


Jadi mempertahankan kesucian dan kemuliaan *Kalimah Allah* juga termasuk di dalam wilayah untuk *mempertahankan Islam pada setiap masa.*


Nama Tuhan yang suci dan mulia sahaja tidak mampu kita pertahankan bagaimana pula kita nak pertahankan Islam, agama yang telah di redhai di sisi-Nya ?


Apa yang berlaku jelas membuktikan betapa rendahnya tahap *consciousness and competency* kita dalam bernegara.


Ini sesuatu yang sepatutnya di risaukan oleh semua pihak terutama sekali oleh *Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu.*


Bukankah *Institusi Kehakiman* itu mewakili pemerintahan Raja-Raja Melayu di negara ini ?


*Jadi keputusan mereka sebenarnya adalah keputusan Raja-Raja Melayu.*


Jadi sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam, apakah pilihan kita ?


Menyokong keputusan tersebut atau menentang keputusan tersebut ?


Apa pendirian Menteri Agama yang mewakili kabinet pentadbiran Malaysia dalam isu ini ?


Kita mahukan pendirian yang jelas dari kerajaan PN yang sedang mentadbir negara ini.


Saya sedang melihat seolah-olah negara ini sedang bergerak dengan pantas untuk menjadi sebuah negara republik yang sekular dan liberal.


Apakah saya tidak salah penglihatan ? Kalau penglihatan saya tidak salah maka matlamat *Gerakan Subversif Republik Malaysia* untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik menjelang tahun 2030 akan menjadi kenyataan.


*Agenda Reset Malaysia* adalah *counter narrative* yang jelas kepada agenda *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*


Semakin hari semakin terbukti bahawa umat Islam tidak ada pilihan yang lain kecuali menyokong perjuangan *Agenda Reset Malaysia.*


Sehingga ke hari ini, sudah terbukti bahawa negara ini semakin tersesat jauh dari landasannya yang sebenar.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

11 March 2021.

No comments: