Tuesday, 16 March 2021

Bismillah : Anti Globalis

 *Bismillah : Anti Globalis ?*


Dalam nota-nota saya, saya sering mencatat *Para Elit Global* kelompok manusia yang berada dalam golongan 1% di atas piramid dunia.


Kelompok manusia yang sedang mengawal kehidupan 99% manusia dalam pelbagai bidang.


Apakah saya *anti globalis ? Oh ! No..* Saya kurang pasti. Apa yang pasti saya cinta Ketimuran. Saya cinta Nusantara. Saya cinta sesuatu yang ke *Melayu* an. Saya mencintai segala kekitaan kita.


Lebih alami. Lebih menyenangkan. Lebih harmonis dan yang paling penting adalah lebih menyihatkan.


Wilayah kita yang subur, kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan, akar-akar kayu dan kaya juga dengan flora dan fiona.


*Perang Kesihatan* yang di lancarkan oleh Para Elit Global terhadap manusia sejak tahun 1940an telah membuat manusia terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan yang berorientasikan dadah untuk seumur hidup.


Mereka menggunakan kekuatan media massa untuk menyebarkan propaganda mengenai gaya pemakanan yang salah.


Propaganda mereka membuatkan *pemikiran bawah sedar* manusia percaya bahawa gaya pemakanan sehat yang mereka anjurkan adalah betul dan benar.


Seiring dengan itu maka bermunculanlah gergasi-gergasi industri pemakanan, rantaian restoran makanan segera dan korporat-korporat farmasi di seluruh dunia.


Manusia terus di *brainwash* dan  di buat percaya dengan betapa baiknya *red meat,* telur dan susu sebagai sumber protein dan bermacam-macam lagi doktrin propaganda makanan kesihatan mereka.


Hasilnya timbullah pelbagai penyakit, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, *hyper tension* dan pelbagai lagi jenis penyakit yang kalau kita nak sebut boleh tergeliat lidah.


Apabila sudah di hinggapi dengan pelbagai penyakit maka manusia akan terus di buat bergantung kepada ubat-ubatan mereka seumur hidup.


Maka jadilah *industri perubatan dan peralatan perubatan yang bersandarkan kepada ramainya orang yang sakit di dunia ini* menjadi antara industri yang terbesar di dunia.


Silakan untuk tidak percaya dengan apa yang saya catat. Tapi buatlah *homework* sendiri ok ! 


Selidiki siapa pemain-pemain yang berada di belakang industri-industri tersebut dan juga yang berada di belakang NGO-NGO pelbagai penyakit ?


Sebagai seorang *Saudagar Mimpi,* saya sarankan *follow the money trail* untuk mengetahui apa yang sebenarnya sedang berlaku di dunia ini.


Dalam impian untuk membangun sebuah peradaban baru yang hebat dan di unggul dari Timur, sudah sampai masanya untuk kita membangunkan industri makanan yang bukan sahaja suci dan halal tetapi yang *pro vegetarian.*


*Kembali kepada memakan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan meminum air dari akar-akar kayu.*


Apa kata anda uji apa yang saya catatkan ini. Buat *medical check-up* untuk mengetahui status kesihatan anda kemudiaan anda diet atau gaya pemakanan harian anda. Amalkan untuk memakan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan minum air akar-akar kayu selama 14 hari.


Setelah itu buat *medical check-up* dan lihat hasilnya.


Sekiranya status kesihatan anda bertambah buruk, berhenti dari terus mengikuti nota-nota pendek saya pada setiap pagi.


Tetapi kalau status kesihatan anda bertambah baik maka berazamlah untuk terus mengikuti nota-nota pendek saya pada setiap pagi. Boleh... ? 😜


Saya menyaksikan di depan mata saya, moyang saya hidup sehingga berumur 100 tahun lebih tanpa sebarang penyakit. Umur 100 tahun lebih pun masih mampu mengayuh basikal berbatu-batu lagi hanya dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sederhana. Gaya pemakanan ala Timur, ala Nusantara dan ala Melayu ( sebenarnya ala Jawa ) 🤣🤣🤣🤭


Demi kesihatan yang lebih baik, lakukan apa yang saya sarankan dengan kadar segera.


Sementara itu teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk menjadi *lebih cerdik, tidak membabi buta dan lebih bertanggung-jawab lagi. InsyaaAllah*


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

17 March 2021.


www.worldislamicnation.com

No comments: