Tuesday, 2 March 2021

Bismillah : Character And Courage

 *Bismillah : Character And Courage.*


Kenapa junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang penyakit *Al Wahnu @ Cinta dunia dan takut mati ?*


Ini kerana umat yang di timpa dengan penyakit ini akan mempunyai *character and courage @ keperibadian dan semangat* yang lemah dan longlai.


Mereka menjadi lemah dan tidak bermaya kerana hati mereka terikat dengan dunia. Mereka terikat dengan anak isteri, pekerjaan, pangkat, harta benda dan kedudukan mereka di dunia.


Mereka cinta dengan kesenangan, kemewahan dan sanjungan. 


Mereka takut kehilangan anak dan isteri. Mereka takut kehilangan pekerjaan dan perniagaan. Mereka takut hilang pengaruh, kedudukan dan sanjungan.


Mereka menjadi tamak dan haloba untuk menguasai dunia mereka. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat mereka.


Kecintaan mereka kepada dunia dan ketakutan mereka untuk kehilangan segala yang mereka cintai telah membuatkan mereka lemah dan senang untuk di kuasai dan di kendalikan.


Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan apa sahaja yang mereka cintai.


*Sesungguhnya cinta dunia dan takut mati itu akan melemahkan umat manusia.*


Rahsia ini telah lama di sedari dan di ketahui oleh para elit global. Sebab itu mereka meng-indoktrinasi manusia dengan doktrin *fear and greed.*


Mereka membina *common education system* untuk mengindoktrinasi manusia sejak dari tadika lagi.


Mereka di doktrin dengan *fear and greed* sejak dari kecil lagi sehinggalah ke akhir hayat mereka.


Mereka di asuh untuk menjadi haiwan ternak yang di cucuk hidung oleh para elit global.


Kehidupan mereka sentiasa di selubungi dengan *fear and greed* melalui propaganda-propaganda dari media-media yang di kuasai oleh para elit global.


Mereka sentiasa di asuh untuk patuh kepada para elit global melalui lembaga-lembaga otoriti yang telah di bina pada setiap dimensi kehidupan mereka.


Contoh terbaru adalah pandemik Covid 19.


Mereka di buat gerun dengan propaganda Covid 19 yang kononnya mengancam nyawa dan kehidupan manusia.


Seluruh dunia kena *lock down* dan patuh dengan SOP dari WHO @ sebuah lembaga kesihatan dunia yang di wujudkan oleh para elit global.


Terbukti SOP dari WHO lebih di patuhi oleh manusia berbanding dengan *Sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.*


Walau pun dengan kadar kematian hanya di sekitar 2-3 % di seluruh dunia namun manusia terus di buat agar percaya bahawa Covid 19 *is a deadly pandemic.*


Lebih malang lagi, solusinya hanya vaksin yang telah di sediakan oleh korporat-korporat farmasi gergasi dunia yang di miliki oleh para elit global.


Bagi golongan yang ingin mencari alternatif lain selain dari vaksin-vaksin kepunyaan mereka, golongan ini di label sebagai golongan anti vaksin dan menyebarkan *berita-berita hoax* di media-media sosial.


Pertanyaan sederhana saya, bukankah kerajaan-kerajaan di seluruh dunia yang memiliki segala peralatan dan keupayaan untuk menyebarkan *berita-berita hoax* di seluruh dunia ?


Jadi siapa sebenarnya yang menjadi penyebar berita-berita hoax di seluruh dunia ?


Soalan sederhana saya seterusnya ialah, sampai bila kita semua mahu terus di buat seperti haiwan ternak yang di cucuk hidung oleh para elit global ?


Sampai bila kita mahu terus di belenggu dengan doktrin *fear and greed* oleh para elit global ?


Saya fikir, sudah sampai masanya untuk umat manusia melakukan *counter narrative* terhadap segala propaganda dari para elit global.


Sudah sampai masanya untuk kita kembali membina *character and courage* yang kuat sebagaimana para sahabat di zaman Rasulullah SAW.


Para sahabat menjadi generasi yang hebat dan di geruni kerana kesediaan mereka untuk mati dan berkorban apa sahaja kerana Allah SWT.


Kesediaan mereka untuk berkorban harta dan nyawa kerana Allah SWT telah menjadikan mereka generasi yang mempunyai keperibadian yang teguh dan semangat yang kental.


Mereka menjadi umat yang berani, tegas dan ada hala tuju. Mereka menjadi berani dan tegas dalam menegakkan prinsip *amar maaruf nahi mungkar.*


Hanya dengan menegakkan prinsip *amar maaruf nahi mungkar* sahaja barulah keadilan dan kesejahteraan akan dapat di tegakkan.


Dan kerana keberanian dan ketegasan mereka itu, mereka telah di hormati dan di geruni oleh para musuh-musuh mereka.


Maka sudah sampai masanya untuk kita kembali mengikuti jejak langkah mereka.


Sudah sampai masanya kita kembali kepada kehidupan dan tradisi seorang *Ahli Sufi.*


Hanya dengan melalui kaedah pendidikan para Ahli Sufi sahaja baru kita akan mampu untuk mendidik hati kita untuk melepaskan dunia dari hati kita.


Hanya dengan kembali mendidik hati kita untuk melepaskan diri dari segala belenggu dunia sahaja yang akan menjadikan kita sebagai bangsa yang kuat, bersemangat dan terunggul di dunia.


Kita harus kembali menjadi abdi kepada Allah SWT. Abdi kepada kebenaran bukan menjadi abdi kepada dunia dan segala kebathilannya.


Yakinlah, hanya dengan *Cinta Allah dan Cinta Kematian* sahaja kita akan dapat melepaskan diri dari belenggu yang telah di cipta oleh para elit global dan sekutu-sekutu mereka.


*Wahai bangsa Melayu ! Kamu adalah umat yang terbaik di sepanjang zaman. Bangkitlah untuk menyelamatkan dunia dari segala kemungkaran, kekejaman dan kebathilan.*


*Kalau bukan sekarang, bila lagi....?*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

3 March 2021.



No comments: