Tuesday, 16 March 2021

Bismillah : Mekah Dan Madinah Hak Siapa

 *Bismillah : Mekah Dan Madinah Hak Siapa ?*


Tular surat terbuka tanpa nama penulis yang di tujukan khusus kepada saya kerana nota saya yang bertajuk *Skandal Kouta Haji ?*


Surat terbuka itu bertajuk ;


*Pemberian Kouta Haji Hak Mutlak Raja Arab Saudi Bukannya Menteri Haji Dan Umrah.*


Surat terbuka itu mengandungi beberapa dakwaan terhadap diri saya.


*1. Saya di dakwa kurang cerdik kerana menulis dengan membabi buta dan tulisan saya di anggap boleh menimbulkan fitnah terhadap Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang telah kembali menjalin hubungan akrab dalam setahun ini.*


*Jawapan saya ;* Saya akui saya *kurang cerdik* sebab itu saya lebih banyak bertanya soalan. Mereka yang rapat dengan saya tahu bahawa saya lebih banyak bertanya soalan berbanding dengan menjawab soalan.


Namun saya menyangkal dakwaan penulis tersebut bahawa saya menulis secara *membabi buta* tanpa memikirkan implikasi tulisan saya terhadap hubungan antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.


Kalau saya jenis yang semberono, kaki fitnah dan tidak bertanggung-jawab, sudah pasti saya tidak akan menulis nama penuh saya dan gelaran saya pada setiap nota-nota saya.


Saya tidak tahu bahawa *pemberian kouta haji adalah hak mutlak Raja Arab Saudi.* Bolehkah saya bertanya, siapa yang memberikan hak tersebut kepada Raja Arab Saudi ? Dan sejak bila pulak tu ?


*Kalau betul dapat kouta tambahan sebanyak 10 ribu tu, tunjukkanlah surat dari Raja Salman itu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kami semua boleh bersyukur dan berbangga dengan pencapaian PM Malaysia ?*


Takkan tak boleh kot ??


Baik, soalan seterusnya...


Bukankah *Mekah* dan *Madinah* termasuk juga *Baitul Maqdis* adalah milik umat Islam ?


Kenapa bukan umat Islam yang menguruskan dan mentadbir 3 Kota Suci tersebut ?


Nampak gaya kerajaan Malaysia kena buat seminar antarabangsa untuk membincangkan perkara yang besar seperti ini.


*2. Memberi tanggapan seolah-olah pemecatan Dr Mohammed Saleh adalah kerana memberi 10,000 kouta haji kepada Malaysia menerusi lawatan TSMY baru-baru ini.*


*Jawapan saya ;* Isu pemecatan ini berlaku kebetulan sempena dengan lawatan PM Malaysia ke Arab Saudi. Sudah pasti ia akan menimbulkan spekulasi dan pelbagai tafsiran khususnya dari umat Islam di Malaysia. Dan ini bagi seseorang yang *kurang cerdik* seperti saya, sudah pasti saya anggap ianya adalah sesuatu yang biasa dan wajar.


*3. Cuba menimbulkan syak wasangka kononnya wujud skandal rasuah dalam pemberian kouta haji tersebut.*


*Jawapan saya ;* Saya sekadar bertanya apakah ada skandal rasuah yang berlaku di sebalik penambahan kouta tersebut ?


Takkan tanya pun tak boleh ? Sekolah mana pulak yang mengajar bertanya pun tak boleh ni ?


Saya kira pertanyaan itu ada dasarnya. Bukankah kerajaan PN ini telah di anggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai kerajaan yang paling korup sekali ?


Bukankah wujudnya *kluster katak lompat* di kalangan ahli-ahli parlimen Malaysia kerana  sogokan dan rasuah ?


Atau mungkin anggapan majoriti rakyat Malaysia itu salah kerana mungkin motif sebenar wujudnya *kluster katak lompat* ini adalah kerana mereka ingin menyelamatkan negara dari di hancurkan oleh kerajaan PH ?


Kalau benar begitu, mengapa PM kerajaan PH dan Menteri-Menterinya tidak di tangkap, siasat dan di dakwa di mahkamah ?


Pelik tu...


Apa kata cadangkan kepada *Majlis Raja-Raja Melayu* agar saya di lantik jadi *Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Di Raja* untuk menyiasat kegiatan rasuah di kalangan ahli-ahli parlimen Malaysia agar persepsi rakyat dapat di perbetulkan.


Maka bolehlah saya gunakan kaedah *Hipnosis* untuk menjalankan siasatan ke atas mereka.


Maklumlah nak siasat orang-orang cerdik ni bukan boleh pakai kaedah yang biasa. Perlu pada kaedah yang luar biasa. Ini pandangan sayalah, pandangan orang yang kurang cerdik.


*4. Saya di nasihatkan agar meminta maaf secara terbuka kepada Kerajaan Malaysia, Kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri dan rakyat Malaysia yang mungkin telah tersalah anggap selepas membaca tulisan itu.*


*Jawapan saya ;* Saya tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Saya bersedia untuk meminta maaf secara terbuka mahu pun secara tertutup sekiranya benar tulisan saya itu menjejaskan hubungan antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang sudah kembali akrab sejak setahun ini.


Kenapa ? Sebelum ini tidak akrab ke ? Sejak bila pulak tu ? Saya tak tahu pun....


Setahu saya PM ke enam, *Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah* cukup akrab dengan Raja Salman dan keluarga Di Raja Arab Saudi.


Kalau tak percaya, beri peluang kepada *Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah* untuk menunaikan umrah. Kita sama-sama saksikan nanti sama ada mereka akan di terima untuk mengadap Raja Salman atau pun cuma sekadar dapat bercakap melalui alam maya sahaja masa di Arab Saudi nanti.


Kalau kita tak *test @ uji,* kita tak akan tahu. Betul tak ?


Jangan risau. Saya cukup yakin bahawa mereka tidak akan melarikan diri. Kalau mereka lari juga, biarlah saya yang jadi ganti mereka untuk masuk ke dalam penjara. Maklumlah saya ni kurang cerdik. Dah tentu idea pun kurang cerdik juga.


Kalau boleh, saya pun nak ikut umrah sekali dengan mereka supaya senang saya nak minta maaf dengan Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi nanti.


Jadi, berani ke PM dan kerajaan Malaysia menyahut cabaran saya ini ?


Jadi pemimpin ni kena berani, tegas dan ada hala tuju. Kalau setakat sembang kari, tak payah la ( sekadar mengutip kata-kata sahabat saya, Dato Z @ Captain America ).


Kepada penulis yang tak bernama tu, sampaikanlah nota saya ini kepada *boss* awak. Mudah-mudahan dia terpujuk, terayu, tergoda, terinspirasi dan termotivasi untuk menunaikan permintaan-permintaan saya ini.


Dari *orang yang kurang cerdik, membabi buta dan tidak bertanggung-jawab.*


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

16 March 2021.


www.worldislamicnation.com

No comments: