Friday, 5 March 2021

Bismillah : The New Santara @ Nusantara 2.0

 *Bismillah : The New Santara @ Nusantara 2.0*


Masih ada yang bertanya kepada saya, bila *Agenda Reset Malaysia* akan bermula ?


Jawapan saya mudah sahaja, apabila diri kita pada hari ini sudah mulai ada kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik di masa akan datang maka *Agenda Reset* sudah bermula dalam diri kita.


Kesedaran dari dalam diri kita itu yang akan mengerakkan kita untuk berubah menjadi lebih baik pada hari esok.


Ini kerana *Agenda Reset Malaysia* adalah satu gerakan untuk mereset diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Ia satu agenda yang menyeru kepada satu *gelombang kebangkitan kerohanian @ spiritual* di seluruh Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Hanya dengan kesedaran kerohanian @ spiritual sahaja baru kita akan dapat mencapai titik kemuncak kesedaran yang sejati @ *The Ultimate Consciousness.*


Hanya dengan mencapai *kemuncak kesedaran sejati @ the ultimate consciousness* sahaja baru kita akan menjadi peribadi yang mempunyai *jati diri yang kental.*


Peribadi yang mempunyai kebijaksanaan dan kecerdasan yang tinggi serta memiliki kesaktian.


Inilah bangsa *New Santara @ Nusantara baru* yang ingin kita lihat.


Ini antara sebabnya kenapa dalam *Agenda Reset Malaysia* saya tekankan mengenai *Ilmu Mengenal Diri @ Ilmu Rasa.*


Ilmu untuk mengenal sebenar-benar diri kita dalam masyarakat Melayu atau Ilmu untuk mengenal *Sang Diri Sejati @ Sang Guru Sejati,* Ilmu Kejawen dalam masyarakat Jawa.


Ilmu untuk mengenal *Nur Muhammad* dalam Tasawuf Islam. *Roh Kudus* dalam Agama Kristian, *Atma* dalam Agama Hindu, *Budi* dalam Agama Buddha dan *The Light* dalam gerakan *The New Age* di negara-negara Barat.


Kita kembali memahami dan menghayati sisi *esotoris* agama-agama yang ada di atas muka bumi ini.


Hanya dengan memahami dan menghayati sisi *esotoris* agama-agama yang ada, barulah kita akan dapat hidup secara harmoni dalam masyarakat yang menganut pelbagai agama dan budaya di atas muka bumi ini.


Memahami perbezaan antara sisi *eksotoris* dan *esotoris* dalam sesuatu agama itu cukup penting sebenarnya bagi mengelakkan salah faham antara penganut agama yang kadang kala hingga boleh membawa kepada pertumpahan darah.


Tidak ada peperangan antara agama sebenarnya. Yang ada hanyalah agama di jadikan sebagai alat untuk menghalalkan peperangan demi memperluas kekuasaan dan kekayaan para elit masyarakat semenjak ribuan tahun dahulu.


Dan hari ini para elit global menggunakan Covid 19 sebagai alat dalam melancarkan *perang biochemical* ke atas penduduk dunia bagi tujuan politik dan ekonomi mereka.


Sebagai golongan yang berada di *bottom of the piramid,* sewajarnya kita sedar mengenai agenda *konspirasi para elit global* terhadap kita.


Kita hanya akan berjaya memenangi peperangan dengan para elit global dengan berusaha untuk lebih mengenali diri kita dan mengenali siapa musuh kita.


Jika tidak, kita hanya akan bertelingkah sesama kita dan terus berpecah belah sesuai dengan apa yang di mahukan oleh musuh-musuh kita iaitu para elit global.


Sampai bila kita akan terus begini ?


Sampai bila kita mahu terus di adu domba dan berpecah-belah ?


Mulailah membina kekuatan kita dengan meningkatkan kesedaran jiwa dan kerohanian kita.


Mulai dengan membina tabiat-tabiat baru yang lebih positif seperti membaca bahan-bahan yang inspiratif dan motivatif.


Banyakkan mendoakan kebaikan untuk orang lain dan bersedekah. Mungkin di lain kesempatan kita bicarakan soal sedekah pula. InsyaaAllah.


Jadi mulailah mereset diri anda. Andalah sebenarnya *Agenda Reset Malaysia* itu. Bukan orang lain.


Jangan mengharapkan perubahan tanpa berbuat apa-apa.


Kita hanya mampu mengubah diri kita bukan diri orang lain. Bila kita berubah, InsyaaAllah dunia kita akan berubah.


Perubahan besar yang berlaku kepada diri adalah apabila saya mulai menulis setiap pagi untuk anda hingga ke hari ini.


Kita sama-sama berubah demi membina sebuah dunia baru yang lebih baik, lebih indah dan lebih sejahtera buat semua.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

6 March 2021.



No comments: