Monday, 1 March 2021

Bismillah : PN Semakin Menjijikkan

 *Bismillah : PN Semakin Menjijikkan.*


Politik negara ini sudah merudum teruk sehingga berada pada tahap yang sangat menjijikkan.


Demokrasi di permainkan dan rakyat pula di paksa untuk memerhatikan gelagat ahli politik tanpa boleh berbuat apa-apa.


Itu petikan dari kata-kata *Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia @ Mohd Azmi Abdul Hamid* untuk mengambarkan suasana negara pada hari ini.


Saya yakin ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang berkongsi perasaan yang sama dengan beliau.


*Pandemic Covid 19 is the political and economic tool of the global elites.*


Agak sukar untuk menyanggah kenyataan di atas. Dan yang lebih sukar untuk di terima oleh akal sihat adalah apabila ia bukan sahaja menjadi alat politik dan ekonomi kepada para elit global bahkan oleh para elit lokal juga.


Bukti terbaru apabila dua orang Ahli Parlimen dari PKR melompat parti dan menyokong kerajaan PN pula.


Mereka itu adalah YB Larry Sng dari Parlimen Julau dan YB Steven Chong dari Parlimen Tebrau.


Berapa besar agaknya transaksi yang berlaku di belakang layar ?


Tanya je kot-kot ada...


Dan dengan perkembangan terbaru ini, sukar untuk tidak meyakini bahawa Proklamasi Darurat hanyalah sekadar untuk memanjangkan jangka hayat kerajaan PN.


Dan semalam muncul pula berita *Ralph Marshall* orang kepercayaan Tan Sri Ananda Krishnan pula di lantik sebagai CEO Digital Malaysia, sebuah *Special Purposes Vehicle @ SPV* hak milik kerajaan Malaysia.


Ini SPV yang di pertanggung-jawabkan untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada rakyat Malaysia dengan pelaburan sebanyak RM 15 bil dalam tempoh 10 tahun.


Bukankah dia ini telah di dakwa di mahkamah Negara India atas tuduhan rasuah dalam skandal Aircell - Maxis bersama-sama dengan Tan Sri Ananda Krishnan pada tahun 2018 ?


Soalan pertama, dah tak ada orang lain lagi yang boleh di lantik untuk memegang jawatan tersebut ?


Kenapa keputusan-keputusan PM selalunya macam boleh je di kaitkan dengan Tun M ?


Keduanya, perlu ke kerajaan PN menubuhkan SPV dan membuat pelaburan sebesar RM 15 bil pada masa ini untuk menyediakan perkhidmatan 5G ?


Bukankah lebih baik wang itu di gunakan untuk membantu rakyat yang sedang berada di dalam kesusahan pada masa ini ?


Bukankah lebih baik syarikat swasta yang di berikan tanggung-jawab tersebut ?


Sekurang-kurangnya ada juga kemasukan FDI ke dalam negara ini.


Dengan jumlah pelaburan yang sebesar itu mengapa tidak kita mencipta satu teknologi baru yang boleh mengantikan penggunaan teknologi 5G ?


Bukankah teknologi 5G ini ada kesan buruknya kepada tubuh badan manusia ?


Kenapa nak gunakan teknologi 5G ? Apakah sekadar agar kita tidak ketinggalan dengan negara-negara lain ?


Kenapa tidak mencipta teknologi baru supaya kita dapat jadi pemimpin kepada negara-negara lain ?


Ini masalahnya bila para pemimpin kita mempunyai mentaliti seperti haiwan yang di cucuk hidung. Sentiasa mahu terus menjadi pengikut kepada negara-negara lain.


Masih ada kedaulatan ke negara yang bersikap seperti itu ?


Kenapa tidak pernah mahu berusaha untuk menjadi pemimpin kepada negara-negara lain ?


Sebab itu dari awal lagi saya sarankan agar TSMY letak jawatan. Bagi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkemampuan untuk memimpin negara ini.


Sampai bila kita mahu jadi bangsa yang seperti haiwan di cucuk hidungnya ?


Belajarlah memahami dan menghayati apa itu *national interest, threat and security* kalau betul nak jadi pemimpin negara ini.


Jadilah pemimpin yang boleh di banggakan oleh rakyat bukan jadi pemimpin yang setiap hari di sumpah seranah oleh rakyat.


Saya bersetuju dengan kenyataan Presiden MAPIM bahawa semua ini benar-benar memualkan dan menjijikkan.


Mungkin bangsa dan negara ini masih belum layak di pimpin oleh seorang pemimpin yang mempunyai tahap *consciousness and competency* yang tinggi kerana dosa-dosa lalu yang terlalu banyak.


Sebagai sebuah negara bangsa, ini benar-benar satu penghinaan. Kita sedang di pimpin oleh seseorang yang sedang menjerumuskan kita ke lembah yang paling menjijikkan.


Saya sarankan kepada seluruh rakyat Malaysia, eloklah kita sama-sama bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT.


Akui kelemahan dan kelalaian kita selama ini yang bernegara tanpa berusaha untuk mencari keredhaan-Nya.


Semoga apa yang sedang berlaku ini dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada kita semua. Kita semua bertanggung-jawab ke atas apa yang sedang berlaku.


Kita serahkan kembali urusan negara ini kepada Allah SWT. Dialah sebaik-baik pengatur.


Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita semua dan memberikan kita seorang pemimpin yang di redhai-Nya. InsyaaAllah.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

2 March 2021.



No comments: