Friday, 12 March 2021

Bismillah : Undi 18. Jangan Nafikan Hak Mereka

 *Bismillah : Undi 18. Jangan Nafikan Hak Mereka !*


Saya agak terperanjat membaca kenyataan Tan Sri Rais Yatim, Yang Di Pertua Dewan Negara kepada Bernama semalam.


Beliau menyatakan bahawa adalah tidak pratikal untuk mengimplentasikan *Undi 18* pada masa ini. Ini kerana ia akan melibatkan masa dan sumber yang banyak.


Apa motif Tan Sri Rais Yatim dengan kenyataan tersebut ?


Kalau benar tidak praktikal kenapa rang undang-undang yang menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun di luluskan oleh Dewan Negara pada Julai 2019 ?


Bila sudah di luluskan, kenapa mahu di nafikan pula hak mereka ?


Mereka sudah layak mengundi. Jadi biarlah mereka melaksanakan tanggung-jawab mereka kepada negara.


Biarlah mereka memilih pemimpin yang mereka rasa mampu untuk memimpin mereka di zaman *all digital* pasca Covid 19.


Siapa kita untuk menafikan hak mereka sebagai warga negara Malaysia ?


Atau, apakah ini bermakna bahawa *parti Bersatu* takut untuk berdepan dengan pengundi muda pada PRU 15 ?


Logiknya, bukankah kenyataan Tan Sri Rais Yatim itu juga telah menunjukkan kelemahan yang ketara oleh kerajaan pimpinan TSMY ?


*Come on Tan Sri !* Kita sudah berada di zaman *all digital* sekarang. Kalau setakat urusan pendaftaran dan mengundi, semuanya boleh di buat di hujung jari. Apa yang susah sangat tu ?


Untuk makluman Tan Sri. Ini zaman generasi muda. Zaman *the new mind.* Kita kenalah beri peluang kepada generasi muda untuk menentukan hala tuju negara ini.


*Old guard* seperti Tan Sri dan yang seangkatan dengan Tan Sri perlulah memberi laluan kepada generasi yang lebih muda.


Pemikiran generasi muda agak mudah. Mereka hanya mahu negara ini di pimpin oleh golongan yang mampu menyerap aspirasi dan ambisi mereka.


Majoriti dari mereka punya keinginan untuk bersaing dengan pemain-pemain global. Dan perkembangan teknologi digital di zaman ini memungkinkan hasrat tersebut di capai.


Kita tidak boleh membiarkan *the old mind* menyekat kreativiti dan innovasi mereka. Apatah lagi ambisi mereka.


Berikan mereka ruang dan peluang.


Generasi mereka sudah terdedah dengan perkembangan teknologi digital seawal mereka di bangku sekolah rendah lagi.


Ini bukan generasi muda di tahun 60an, 70an atau 80an. Ini generasi muda Abad ke 21. Ini generasi yang menjadikan orang-orang seperti *Jeff Bezos, Mark Zuckerberg, Jack Ma, Elon Musk dll sebagai ikon.*


Ini generasi yang tidak pernah beratur dalam bank untuk melakukan sebarang transaksi kewangan.


Hari-hari mereka di temani oleh *smart phone.* Kita cuma perlu pastikan agar mereka lebih *smart* dari *smart phone* mereka. Itu saja.


Secara peribadi, saya menganggap kenyataan Tan Sri Rais Yatim itu tidak *valid* dan merupakan satu lagi cubaan dari kerajaan PN untuk mengingkari Perlembagaan Negara.


Ini pentingnya sebuah lembaga seperti *politburo @ central committee* yang di cadangkan oleh *Agenda Reset Malaysia* di adakan dengan kadar segera.


Biarlah sebarang dasar, perancangan dan hala tuju negara di tentukan oleh lembaga seperti itu. Ini bagi mengelakkan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengambil kesempatan atau memanipulasi keadaan.


Cukup-cukuplah ! Negara yang sepatutnya menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, di lihat makin hari makin undur belakang.


Apa nak jadi ??


*Let's move forward. Its a brand new world.*


Beri peluang kepada *Agenda Reset Malaysia.* Beri peluang kepada generasi muda untuk menentukan hala tuju baru negara ini.


Kita perlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat untuk membawa negara *to the next level.*


Kita tidak berminat untuk bersaing dengan negara-negara dunia ketiga. Kita mahu bersaing dengan Amerika dan China. Kita tahu kita mampu melakukannya.


Saya ulangi lagi sekali. *Its a brand new world. A world that is fit for everybody.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di pujuk, di rayu, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

12 March 2021.

No comments: