Wednesday, 3 March 2021

Bismillah : The World Baitul Mal

 *Bismillah : The World Baitul Mal.*


Kementerian Kesihatan  Arab Saudi telah pun memaklumkan bahawa hanya individu yang telah di suntik dengan vaksin Covid 19 sahaja yang akan di benarkan menunaikan haji pada tahun ini.


Bagi saya, berita ini sepatutnya menjadi berita yang sangat mendukacitakan bagi seluruh umat Islam di dunia.


Kenapa suntikan vaksin Covid 19 perlu di jadikan syarat utama untuk umat Islam menunaikan ibadah haji di Kota Mekah dan Madinah ?


Kita maklum bahawa pemerintah Negara Arab Saudi mempunyai hak untuk mengenakan syarat yang sedemikian kepada bakal jemaah haji yang ingin memasuki negara mereka. Namun wajarkah syarat yang sedemikian di kuat-kuasakan ?


Apakah tidak memadai jika seseorang bakal jemaah haji itu di sahkan negatif Covid 19 di negara masing-masing ?


Mungkin sudah sampai masanya bagi seluruh umat Islam memikirkan mengenai status Kota Mekah dan Kota Madinah di Negara Arab Saudi.


Bukankah Kota Mekah dan Kota Madinah yang merupakan dua kota suci umat Islam seharusnya menjadi wilayah yang bebas dari penguasaan mana-mana negara di dunia ?


Jadi siapa yang memberikan hak kepada Arab Saudi untuk mengurus dan mentadbir Kota Mekah dan Kota Madinah ?


Bukankah *Kota Mekah, Kota Madinah dan juga Kota Baitul Muqaddis* adalah 3 kota suci umat Islam yang sepatutnya di tadbir dan di urus oleh umat Islam ?


Maka sempena dengan 100 tahun *kejatuhan Khilafah Islam Othmaniyah,* saya menyeru kepada seluruh umat Islam di dunia agar sebuah lembaga di bentuk bagi menguruskan dan mentadbir 3 kota suci umat Islam tersebut dan juga segala harta-harta waqaf umat Islam yang lain yang ada di seluruh dunia.


Dalam *Agenda Reset Malaysia,* salah satu agenda utama adalah untuk membangunkan sebuah kawasan *Special Economic Zone* yang akan menjadi pusat *Sistem Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam Sedunia.*


Dengan wujudnya *Special Economic Zone* itu di Negeri Sabah maka adalah wajar sebuah *World Baitul Mal* di bentuk untuk menjadi *Single Platform* kepada *Sistem Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam Sedunia* dan juga untuk mengurus dan mentadbir harta-harta waqaf umat Islam dan wang zakat umat Islam di seluruh dunia.


Dengan tertubuhnya *World Baitul Mal @ Pusat Perbendaharaan Umat Islam* itu nanti maka seluruh harta dan kekayaan umat Islam akan dapat di urus-tadbir dengan cara yang lebih efisien dan efektif menurut Syariat Islam demi kepentingan umat Islam di seluruh dunia.


Dan ini juga secara tidak langsung dapat memelihara dan menyelamatkan harta dan kekayaan tersebut dari jatuh ke tangan orang-orang kafir.


Dan yang paling utama, dengan tertubuhnya *World Baitul Mal dan Sistem Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam,* kita akan terlepas dan bebas dari belenggu Sistem Kewangan *RIBA'* yang di kuasai oleh para elit global.


Sudah 100 tahun umat Islam berpecah-belah dan hidup seperti anak-anak ayam yang kehilangan ibunya.


Sempena dengan tahun *The Great Reset 2021* maka sewajarnya umat Islam bersatu kembali untuk sama-sama berusaha untuk *Make Islam Great Again.*


Marilah kita sama-sama berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar cadangan ini di permudahkan dan dapat di realisasikan dengan kadar yang segera.


Kita hanya ingin menuntut hak kita kembali. Hak untuk mentadbir dan menguruskan kehidupan kita sebagaimana yang telah di wajibkan ke atas kita oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Itu sahaja.


Sudah terlalu lama kita hidup bergelumang dengan najis *RIBA'* dan segala macam doktrin yang menjauhkan kita dari *cara hidup Islam yang sebenarnya.*


Kita tidak mampu untuk mengubah realiti kehidupan kita hari ini tetapi kita masih punya harapan dan berpeluang untuk membina kehidupan kita di masa depan dengan lebih *Syar'ie* lagi.


Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita dan memakbulkan segala doa-doa kita atas kedudukan mulia junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW di sisi-Nya. InsyaaAllah.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

4 March 2021.



No comments: